
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & greetings everyone.
Well, bermulalah blog ku yang pertama..
Ruangan ini aku lahirkan sebagai medan berkongsi pandangan terbuka untuk semua (yang aku suka je la..). Sebabnye? Sebab aku memang suka bercakap. Itu adalah aku. Tuhan anugerahkan aku melalui ibu & ayahku memang sebagai orang yang berkebolehan bercakap. So, bila dah ada teknologi yang membolehkan kita melahirkan pendapat, aku guna la. (By the way, ruang ini bukan untuk mengutuk atau menyindir sesiapa. Itu BUKAN fitrahku. So, don't worry k..).
Bagi aku, orang yang paling layak bercerita tentang AKU adalah AKU!
Sebagai salam perkenalan, a little bit 'bout me...not too much, coz i need to save some privacy for ME!I am known as Nanee Surya. Born a Scorpion, on 31st October, 1968 (counting my age, are u?).

My parents, Dad, Allahyarham Yusoff Surya was a wonderful man. My forever Hero. Not perfect, just simply wonderful. Mom, Fadzliyaton Surya, my forever loving Queen of My Heart. Two younger siblings and a daughter, Kiki Surya.

Working History (adusss! Tak sangka aku pernah 'dikerjakan')...
Cathay Pacific Stewardess, Entertainment Reporter, Showbiz - Media Relations, Artistes Manager, Lyricist, Production Crew Anugerah Industri Muzik (AIM) & Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Concert & Event Production - sangatlah berlambak kalau nak disenaraikan, Co-Producer for TV dramas, etc, etc, etc... Script writer for TV programmes.
ITU DULU......sudah ku tinggalkan semuanya. Sebab? Aku share je ye.. Korang tak bole sangkal sebab ini kisah aku. Suka tak suka ini pengalaman aku. U want to tell your story, buat blog sendiri...hehehe..So, here goes...
Sebagai hamba Allah bernama Nanee Surya, aku sangat SAYANGKAN industri hiburan, tak kiralah industri muzik mahupun industri penerbitan TV. Darah yang mengalir dalam tubuhku adalah darah seni, which goes back a very long way... Kalau orang bercakap tentang passion for the industry, I was born with it. Aku sanggup dan telah korbankan segala-galanya untuk industri hiburan sehinggalah...
Nanee Kini...
Orang kata, untuk berjaya kita kena gagal dulu. Semua success stories seluruh dunia bermula dari kegagalan-Thomas Edison, The Wright Brothers, Colonel Sanders, Irfan Khairi...(kalau nak disenaraikan satu persatu, it would take forever!) Apa hubungan semua itu dengan kisah hidup aku? P E R S E V E R A N C E.
Hmm...aku tau erti gagal, tau erti sakit dikhianati, tau rasa sedih dihina, tau betapa bosan berada di tapak kaki orang, tau rasa sakit ditikam, tau rasa lapar, tau rasa lelah dipergunakan!
But one thing about me, alhamdulillah, I am a survivor. Sure, kadang-kadang aku jugak ada that moment of weakness di mana aku akan layan sekejap hari-hari kesedihan (perempuan la katakan..), melembikkan diri dengan lagu-lagu jiwang (aku ni sentimental ok), then aku PASTI akan bangkit lagi.
Mak pernah kata, "Sebodoh-bodoh lembu, akhirnya dia menanduk juga".
Pada suatu malam, aku terfikir, aku ni lembu ke? Aku tengok seorang demi seorang ahli keluarga aku ketika diorang tengah lena tidur. Masa tu terngiang suara Daddy (dalam loghat utara dia), "Girl, bila Daddy takda, girl kena jaga Mak, jaga adik-adik. Daddy harap girl sorang". Ketika itu wang dalam poket aku ZERO!! Imagine, duduk dalam industri muzik 20 tahun, buat kerje macam-macam, kalau boleh la istilah membanting tulang tu dikaitkan dengan aku, agaknya tulang aku dah jadi serbuk by now (hahaha), kerja 48 jam sehari, 8 hari seminggu - masih takde duit dalam akaun simpanan?? Aku tak cukup rajin ke? Kenapa aku tak kaya ye? Jangan cakap soal jadi jutawan la... kaya ketika itu maksud aku kenapa ansuran kereta pun kadang-kadang miss, astro dan handfone bill pun kadang-kadang kantoi. Wo..hoho...something's not right here. Kena tarik handbrake cepat.
Aku mula terfikir, kalau lah apa-apa jadi pada aku... Kalau lah malam ni aku dipanggil 'balik'... apa nak jadi dengan family aku ah? Takkan aku nak wariskan hutang piutang kat diorang pulak! Hish! Tak bole jadi ni.
Erti Persahabatan...
Satu perkara yang sangat aku bersyukur adalah kehadiran my bestest buddy, Rich aka Seth. Kami dah berkawan 16 tahun. Dia tau segala-galanya pasal hidup aku. Kelebihan, kelemahan, kegembiraan, kedukaan aku. Adik beradik or even Mak aku sekalipun tak mengenali aku sedekat dia mengenali aku. Dialah tempat aku mengadu, tempat berbincang, even tempat bergaduh! (Sorry...i know, i know, i'm sometimes too ketegak). I must have done something right in my life to have this 'gift from God'.
Dia ni bukan saja sahabat, kadang-kadang dia kena jadi bodyguard (aku yang suruh sebab aku jumpa ramai buaya darat dalam hidup aku), kadang-kadang mesin ATM aku (hahaha...), tempat aku melepaskan stress, partner gaduh, partner kerja, partner business, partner ketawa, but the most wonderful value in this person adalah sejak kami bersahabat, dia tak pernah biarkan aku menangis keseorangan. Allah saja yang balas semua jasa baik awk, "BullArt".
1 hari dalam kereta ke Shah Alam (bulan Ramadhan 2009), Rich kata, "awak, semalam dalam internet saya ada tengok 1 business opportunity ni. Macam best je. Saya macam curious la awak, nanti kita check it out nak tak?"
Aku ni dah la tengah serabut fikir raya dah dekat, duit nak pakai banyak, bisnes apa lagi yang dia nak check out ni... ada pulak suara-suara sumbang yang bunyi di cuping telinga aku.."bisnes?? bisnes yang ada pun orang dah songlap! Mana nak cari modal lagi??? Kita ni dah tersembam sapa nak pinjamkan kita modal buat bisnes?? Kita dah takde kepentingan dalam hidup orang dah..." Itu bicara dalam hati la..tak terluah pun sebab kesian aku tengok dia beria-ia nak ubah kehidupan kami.
"Check it out without any commitment bole la.." kata aku. "No harm in listening". Wah! Masa tu bercakap dalam nada longlai la..kalau lah aku tau apa yang tersurat dan tersirat ketika itu, dah tentu aku lupakan niat yang suci dan murni untuk berniaga di bazar Ramadhan dan terus cari mamat yang nak cerita pasal business opportunity tu. Tapi tulah dia, Allah dah tentukan semua perjalanan hidup kita.
Peluang Selalu Datang Dalam Keadaan Kita Tak Bersedia...
Sebulan kemudian...(hehehe...kalau dalam filem melayu lama, time lapse tu diikuti dengan sound effect).
Sebagai sahabat aku pun ikut la Rich jumpa mamat tu. Kakak dan abang ipar Rich pun ada malam tu nak dengar sama. Ditakdirkan malam tu aku pulak tengah migraine yang amat sangat. Aku ni bila migraine, ubatnya kena tido. Takleh cakap apa-apa.
Mamat ni a very simple guy, tak cakap tinggi pun, pakai jaket BMW. (Syaitan berbisik lagi...Sorry bro, gua datang dari industri yang pakai branded items dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Brands don't impress me). Jahat tak aku?? Bukannya apa, aku dah terlalu muak dengan orang yang cuba impress orang lain dengan ketrampilan branded items. Sebab, selama ni, semua conman yang aku jumpa memang stock branded look. Sorry sangat-sangat, Bro...aku dah mintak ampun kat tuhan dah..aku khilaf dengan prasangka.
Malam tu dapat call, anak aku sakit lagi. Dah la aku tengah migraine. We had to excuse ourselves. Dalam kereta aku tido sampai rumah. Rich pun tak banyak story. Esoknya, kitorang jumpa Angah kat kopitiam Melawati. Angah Liza dan Kalam tempat kami mengadu ketika ramai kawan dah lesap. Excited, Rich pun bukak cerita pasal jumpa Mamat malam tadi dengan harapan nak ajak Angah dengan Kalam join business kitorang. MasyaAllah...dia pun dah join semalam katanya. Kita nak ajak dia, turns out kitorang yang kena ikut dia. Tapi takpelah, disebabkan the opportunity is really good, who cares siapa join siapa. Yang penting, you make the system work FOR YOU.
Angah nak tolong pinjamkan duit untuk modal business kami tapi Rich dan aku sependapat bahawa if we were gonna do this, we have to start it right. Selang beberapa hari ketika aku tengah didandan di salon, Rich keluar kejap nak gi makan katanya. Petang tu aku kena jadi Emcee di Dataran Merdeka. Lama dia hilang. Tiba-tiba dia balik ke salon dengan senyum simpul. "Awak, saya dah sign nama saya dan nama awak untuk bisnes tu." Terbeliak mata aku yang dah memang sedia besar ni! "Mana awak dapat duit??" tanya aku. Alamak...aku baru make-up, dah berpeluh balik..ingat senang ke Nanee Surya nak make-up.
Dalam kereta menuju ke Dataran Merdeka kami bincang pasal tu. Rupanya dia gadai rantai arwah mak dia untuk buat modal bisnes kitorang. Tengok! Sebab tu aku sangat hargai persahabatan dia. Bukan sebab dia bagi aku duit, tapi dia tak sanggup tengok aku susah. Dia nak aku bangun dan jangan sesekali menyerah pada keadaan. Dia sanggup berkorban tanpa diminta. Padahal dia bole guna duit tu untuk keperluan diri dia.
Mulai hari tu aku tak pandang belakang lagi. I've lost everything, I've got nothing else to loose. I cannot take this business forgranted firstly because the value of our friendship. Kalau Rich yakin aku boleh, kenapa aku tak yakin pada diri aku sendiri?
Aku kena jujur. Aku tidak bermula dengan keyakinan pada bisnes ni. Keyakinan aku adalah pada keyakinan sahabat aku. Tapi aku harus junjung keyakinan itu. IMPOSSIBLE IS NOTHING WHEN YOU TRULY BELIEVE.
Aku buang jauh-jauh 'kegemilangan' masa lalu aku. Who cares about kegemilangan yang tak ada jaminan masa depan. Hakikatnya aku ada anak, aku ada keluarga, aku ada tanggungjawab. Aku kena dulukan makan, pakai dan pelajaran anak aku. Zaman aku 'main-main' dah tak ada. Bila aku mati nanti Malaikat tak akan tanya aku dah berapa banyak show engkau buat? Dah berapa ramai artis yang engkau uruskan?
Kita kena bermula dengan 'cawan yang kosong'. Barulah orang lain boleh isi dengan air yang jernih. Aku jumpa satu persatu orang Melayu yang berjaya, kaya, langsung tak berlagak. Mula-mula jumpa Abang Zaidi, kemudian Abang ND, Coach, Sam, Shah, orang-orang lain (nak namakan 1 per 1 ramai la) then...Ahmad Amiruddin..
Apa Itu Kekayaan, Apa itu Kejayaan...
Aku perhati mereka satu persatu setiap hari. Aku cari apa yang mereka ada yang tak ada pada aku selain dari lifestyle mereka la... Kan aku dah cakap, kekayaan material don't impress me much. Nak cerita tentang rumah bernilai RM4 juta, deretan kereta-kereta mewah menjalar, takut nanti ada pulak yang naik mual. Allergic.
Aku tak kata aku dah dapat jawapan kepada semua pencarian tu tapi from time to time kita kongsi ok?
My discovery to date...
Karektor-karektor yang aku sebutkan tadi ada beberapa persamaan dan kelebihanan masing-masing. Yang paling outstanding bagi aku, bila mereka bercakap, mereka bercakap bahasa dari hati. Bahasa kehidupan.
Aku dah biasa dengan komuniti yang mementingkan diri sendiri. Sanggup lanyak orang asal impian mereka tercapai. Bila aku jumpa 'keluarga' baru ni, aku pandang ke langit dan mensyukuri nikmat tuhan. Rupanya masih ada orang baik-baik di bumiMu ini Ya Allah. Bila aku bercerita dengan mereka kepayahan aku, mereka bentangkan aku jalan keluar. Not necessary answers, but ways.
Aku pinjam kata-kata Abang ND, "Lambang pada kejayaan bukan kekayaan tapi perubahan.."
Perubahan? :
* Kalau dulu susah nak bukak mulut tapi hari ini mampu membimbing orang lain..
* Kalau dulu naik kapcai tapi hari ni dah mampu pakai kereta mewah..
* Kalau dulu Jaga tapi hari ni jaguh..
* Kalau dulu buruh kasar perantau dari seberang tapi hari ni usahawan berjaya...
* Kalau dulu hidup daif terpaksa makan makanan ayam hari ni mampu hadiahkan ayah bot nelayan yang besar dan hantar ayah dan ibu pergi Mekah...
* Kalau dulu 'weekend' parents tapi hari ni full time parents...
kalau dulu, kalau dulu, kalau dulu... Man...these people are amazing!
Melalui pengalaman 20 tahun dalam bidang seni, aku pernah terfikir talent is very important. You need talent to do this, you need talent to do that...sekali aku terbaca buku John C. Maxwell bertajuk 'TALENT IS NEVER ENOUGH' Adussss!!!! Aku nak share petikan dari buku ni..
"More than 50% of all CEOs of Fortune 500 companies had C or C- averages in college. 65% of all US Senators came from the bottom half of their school classes. 75% of US Presidents were in the Lower-Half Club in school. More than 50% of millionaire entrepreneurs never finished college! Clearly talent isn't everything."
Cerita bab talent ni, Allahyarham Ibrahim Din, pakcik aku yang popular dengan cerita Do Re Mi, hidup miskin dan meninggal atas kerusi di rumah pangsa DBKL tanpa meninggalkan harta. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma pun takde harta peninggalan atas nama mereka. Ramai lagi top legendary celebrities yang tak berharta (Name me a local celebrity yang JUTAWAN hasil dari 100% nyanyian atau lakonan. 100% tau. Bukan kaya melalui perkahwinan dengan orang kaya, kaya dari hasil perniagaan sampingan, kaya dari duit mak bapak).
Now, aku mohon jutaan ampun sangat-sangat kalau ada yang marah atas tulisan ni. Demi tuhan, aku bukan nak ungkit betapa miskinnya karyawan seni di negara ini. Yang aku nak kaitkan adalah soal talent dan kehidupan.
Hakikat pertama yang mesti kita admit dulu adalah, ini Malaysia bukan Hollywood. Kalau nak duduk dalam industri ni dan harap untuk KAYA RAYA, harammmm...
Sekali lagi maaf. Ini pandangan peribadi AKU setelah 20 tahun berkecimpung dalam industri.
Back to the business...
Perniagaan ini telah mengubah seluruh persepsi dan pandangan aku tentang kehidupan. It has not changed ME, but it bettered ME (hahaha...ada ke ayat bettered? Alah, sukahati aku la nak use dan abuse ayat-ayat aku). Itu bagi aku adalah menakjubkan. Melalui Abang ND, aku belajar benda yang sampai saat ini aku tak jumpa ungkapan paling tepat untuk digunakan.
Aku berhenti memberi alasan dan aku jumpa sebab. Sebab kenapa aku MESTI berjaya. Sebab kenapa THIS IS IT untuk aku.