Thursday, April 1, 2010

Jom Berniaga

Korang percaya tak Allah kalau nak mengubah sesuatu keadaan, benda boleh berlaku dalam sekelip mata? Itulah yang terjadi dalam hidup aku dan Rich. Subhanallah...Maha Suci Engkau Ya Allah.

Boleh dikatakan hampir 3 minggu dalam bulan Ramadhan aku dan Rich buka puasa duduk tepi longkang sebab kami berniaga di Bazar Ramadhan, Shah Alam. Tapi kami tetap tersenyum sebab setiap hari kami melihat drama-drama kehidupan. Kami cari rezeki halal, tak mintak sedekah dengan sesiapa pun. Penat memanglah penat. Kesian Rich tiap-tiap petang kena bukak payung besar kaki tiga yang saiz ketinggiannya, double ketinggian dia. Tapi dia cekal.

Selepas Aidil Fitri 2009 kami menjenguk peluang perniagaan ni. Fuh! Bangkit satu semangat baru. Terima kasih Allah kerana Kau terima pengaduan hamba-hambaMu ini.

Perniagaan kami adalah perniagaan yang seharusnya diceburi oleh semua orang yang inginkan perubahan tapi HAKIKATNYA tak semua orang nak buat (everybody should do this business but not everybody will do it). Aku tak salahkan diorang. Why? Sebab dulu aku pun macam diorang. Dalam fikiran aku masa tu, untuk dapat wang yang banyak, aku kena kuat kerja. Kuat dalam erti kata lain adalah dedicated dan rajin. Itulah aku dulu. Soal kerja memang tersangatlah…rajinnya…

Malangnya, rajin saja tidak cukup dalam hidup berkerjaya. Apa tidaknya, ketika aku ‘rajin’ aku sebenarnya membiarkan pekerjaan menjauhkan aku dari keluarga. Masa aku lebih banyak dihabiskan kepada kerja. Aku lanyak hampir kesemua hujung minggu, aku bangun pagi bergegas ke office dan dah malam nanti baru aku balik. Boleh dikira berapa minit sehari aku dapat betul-betul have a decent full conversation dengan Mak. Most of the time aku hanya dapat berbual dengan Mak ketika dia terkejut dari tidur malam sebab terdengar bunyi aku bukak pintu rumah.

Bila ada hari cuti, itulah masa aku nak Qada’ tidur. Family aku biasanya ternanti-nanti hujung minggu untuk peluang keluar bersama. Bukannya diorang nak pergi mana pun. Diorang hanya nak keluar pergi beli barang dapur. Ada kalanya aku gagahkan jugak walaupun mata aku rabak dan badan aku tersangatlah letihnya. Tapi, ada masanya aku hanya mampu bangun, bagi duit dan kunci kereta dan aku suruh diorang pergi tanpa aku. Kesian family aku. Ye ke diorang nak sangat pergi beli barang dapur atau sebenarnya diorang hanya nak spend time dengan aku?

The saddest part of it all, ‘rajin dan kuat bekerja’ aku tu masih tak mampu nak selesaikan semua perbelanjaan keluarga. Bayar kereta, rumah, bill api, air, Astro, mobile phone, house phone, medical bill Mak dan adik, school fees Kiki, daily running expenses, macam-macam lagi akhirnya…duit aku habis sebelum sampai cukup bulan! Then what?! Kena tunggu cukup bulan lagi. Belum sampai cukup bulan, dah berderet benda yang sama nak kena bayar. Lah! Takkan seterusnya hidup dalam routine macam ni? Simpanan untuk emergency? Ada. Memang ada. Tapi bila sesak, simpanan tu aku korek balik.

Aku baca buku tentang ‘active’ income dan ‘residual income’. Tertampar pulak muka aku. Ha…padan muka aku. Aku mula belajar perbezaan diantara WORK HARD dan WORK SMART. Mana lebih baik? Orang yang BIJAK, bekerja 20% tapi dapat result 80% manakala orang yang tak berapa nak bijak, bekerja 80% tapi dapat result 20%. Dalam buku tu lagi menyebut, 95% orang di seluruh dunia tidak kaya disebabkan cara mereka berfikir.

UBAH CARA BERFIKIR.

Ok, by now aku rasa hanya 2 perkara sedang berlaku iaitu samada korang yang membaca blog ini akan kata, “bagus tulisan dia ni, aku suka baca” ATAU “minah ni macam bagus je, dia ingat dia pandai sangat ke?”.

Aku tak tau, aku bukan Tuhan yang dapat baca isi hati korang saat ni. Kan aku dah kata, ini blog aku, aku nak kongsi saja apa yang AKU lalui. Kalau korang nak tulis sebaliknya, buatlah blog sendiri (hehehe… jangan marah ha… aku nak teruskan lagi).

Every working person is so good at what they do that they can do their job with their eyes closed. However, how can we expect different results doing the same thing over and over again, day in and day out? Buat benda yang sama tapi expect result yang berbeza. Dulu, itulah
aku.

Aku tengok pakcik aku kerja wiring telekom, bila dia pencen, diorang bagi dia hadiah jam dinding yang ada keluar burung ke ayam ke setiap 1 jam. Aku tengok seorang pekerja korporat dinaikkan pangkat, dipindahkan ke bilik yang lebih besar dengan TANGGUNG JAWAB yang triple the size of his room, aku tengok seorang doctor hospital yang asyik on call, aku sendiri pernah jadi pramugari yang hidupnya belum sempat unpack luggage dah kena packing lagi for the next trip, aku tengok seorang driver yang kena bangun pagi cuci kereta sebelum boss dia keluar pergi kerja, aku tengok mat dispatch yang kena pergi sana sini walaupun hari panas terik atau hujan ribut.

Tak cukup lagi scenario tu? Ok, what about this. Berapa orang pernah kena maki di pejabat? Maki ok, maki hamun. Mak bapak kita pun tak pernah maki hamun kita macam tu. Segala vocabulary luar dan dalam kain dilemparkan pada kita. Silap-silap kena hempuk file atas meja. “Awak tak pakai otak ke?”, “Kepala nenek awak!”. Eh! Yang bekerja kita, apa kena mengena dengan nenek kita?? Yang bahasa-bahasa kesat tu tak payah la nak quote kat sini ye.

Mana maruah kita sebagai manusia ye? Masa sign Job Offer dulu ada ke clause yang mengatakan, dengan ini saya bersedia menerima gaji sebanyak RMXXXX beserta membenarkan seluruh keturunan saya di maki sama sekiranya saya melakukan kesalahan. Ada ke?

Aku dengar cerita seorang mamat ni yang pernah bekerja selama 10 tahun di London. Kata dia, di London, kalau kita masih berada di office selepas jam 5 petang, boss kita akan tanya, “what are you still doing at the office? Go home and enjoy the sun,” tapi di Malaysia bila sampai pukul 5 ptg dan kita pun nak balik, boss kita akan cakap, “siapa suruh awak balik? Kerja berlambak ni siapa nak siapkan?”. Masa tu aku dan kawan-kawan aku ketawa sampai keluar airmata.

Ketika aku mula-mula menceburi business ini aku berhenti mencipta ALASAN dan aku pegang satu sebab – aku dah boring jadi boring dan aku perlukan perubahan demi keluarga aku.

Melalui business ini aku dapat banyak masa bersama keluarga. Aku hantar anak aku ke sekolah dan aku sendiri yang jemput dia balik. Mak sakit aku tak perlu mintak emergency leave. I plan my own course of action for ME not for other people. Setiap pagi aku balik dari sekolah Kiki, aku tengok orang-orang yang stress sangkut dalam traffic jam nak bergegas ke office. Petang, aku tengok suami isteri baru jemput anak dari rumah babysitter kemudian baru singgah makan di warong dan restoren lepas tu baru balik rumah. Comel pulak anak diorang. Diorang tak rasa rugi ke tak tengok anak-anak membesar depan mata?