Monday, April 26, 2010

“As I travel thru this business & touched many hearts, it humbles me. I realized not only did I touch their hearts, they actually touched mine…”

ARE YOU LIVING YOUR DREAMS or IS YOUR DREAM LEAVING YOU?

‘ALASAN’ adalah perkara yang paling banyak aku dengar dalam menjalankan bisnes ni. Orang cuba yakinkan aku bahawa ALASAN mereka adalah SEBAB (reasons) mereka. Setiap kali aku dengar ALASAN, hati kecil aku ketawa.

Mana tidaknya, setiap hari kita tengok kemalangan kereta di jalanraya tapi jumlah kereta di jalanraya tetap bertambah. Tak pulak orang takut bawak kereta. Orang belajar memandu pun makin hari makin ramai.

Ok, sekarang kita cerita soal hidup dan pekerjaan. Katalah hari ni umur kita 40 tahun. Logik-logik biasanya orang dah bekerja selama kurang lebih 15 ke 20 tahun. Betul tak? Ok, kalau ada yang dah melalui zaman pekerjaan selama itu, cuba tengok balik apa yang sudah kita miliki. Rumah? Kereta? Masih financing ke, dah habis bayar? Life, dari 10 tahun dulu, sampai sekarang, berubah lebih mewah atau masih sama macam dulu? Hutang banyak lagi?

Siapa tak nak senang, kan? Masa life tengah down tidak lama dulu, aku banyak habiskan masa ‘melihat’ kehidupan. Rich dan aku selalu duduk dekat kopitiam, jalan-jalan dekat shopping complex bila ada lapang dan thru it all, aku melihat manusia dan kehidupan. Aku fikir, wouldn’t it be nice to drive your own sleek car, to live in a big house with garden and swimming pool, to buy first class flight tickets anytime you wish to be at any place you wish, pergi umrah setahun 2 kali, naik haji di usia muda, shopping without looking at the price tag, give Mom everything she wanted.

Masalahnya, dok buat kerja yang aku buat selama ni, confirm tak kan dapat semua tu.

Meet My Business Partners…

Ketika aku bertekad untuk membuat blog aku sendiri, apa yang nak aku kongsi bersama mereka yang sudi ke laman ini adalah, betapanya kehidupan aku sangat berubah setelah menemui ‘keluarga’ baru aku ni.

Bukan satu rahsia bahawa aku tidak bermula dalam bisnes ni dengan kepercayaan (I was a skeptic in the true meaning). I tak tau macam mana nak jalankan bisnes ni dan banyak benda yang aku tak faham. Tapi aku jalankan jugak sebab kesungguhan dan encouragement dari Rich. Aku doa semua orang ada sahabat macam Rich.

Bisnes kami mula berkembang. Tapi yang peliknya, bukan setakat bisnes je yang berkembang, we begin to touch people’s life. Bagi orang yang prihatin terhadap kehidupan, touching people’s heart means a great deal.

Bila kita izinkan diri kita untuk mendengar kisah kehidupan orang lain, Allah akan anugerahkan satu rasa yang tak ternilai dalam hidup kita. They begin to touch my heart.

Apa tidaknya, setiap hari macam-macam kisah yang aku dengar. Bermula dengan kisah seorang anak yang terpaksa memikul tanggungjawab keluarga setelah tiba-tiba kehilangan ayahanda tercinta, kisah seorang ayah yang bertungkus lumus bekerja demi mencari wang lebih nak belikan anaknya KFC, kisah seorang pekerja yang dilenjan tapi tak pernah dihargai, kisah seorang isteri hidup bermadu bertungkus lumus nak membesarkan anak-anak, kisah keruntuhan rumahtangga, kisah seorang lelaki yang terjebak dengan sindiket penipuan… Banyak lagi.

Aku nak perkenalkan partners kami satu persatu tapi aku takde gambar diorang to put names to faces. Nanti lah aku snap gambar diorang ni.

Bisnes kami akhirnya menawarkan kemanusiaan. Dalam kehidupan di luar sana, sifat kemanusiaan semakin menipis. Orang kejar duit sampai sanggup pijak orang lain tak kira lah adik-beradik pun sanggup bermusuh hanya kerana duit.

And for that, aku berterima kasih kepada semua dalam Team Ultimate Champions bermula dari Pengasasnya, Rich Hamid, my best buddy for the past 16 years, my Sifu- Abg ND, Abg Zaidi, Cikgu Amir, fellow team members – Eja, Dee, Sha, Iza, Jasni, Ekin, Wan, Abby, Zoulle, Kak Ani, Arif, Nasri, Lan, Hairani, Ani dan mereka yang turut membakar semangat aku walaupun bukan direct team members – Coach, Sam, Shah, Kak Ram, Along, Angah, Din Peluru, Abg Fuzi, Roy, Team Fastrack, Perintis, Profit Unlimited, 3M.