“IF DREAMS WERE MADE OF GOLD, I’D PROBABLY BE THE RICHEST GOLDMINER.”
This part of the blog aku tulis 2 hari selepas tamatnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Tahun ni aku mengambil keputusan untuk tidak bersama rakan-rakan ‘dikerjakan’ di Genting Highlands. Kalau dulu time time sebegini aku masih lunyai kepenatan trying to recover from all the fiasco.
Alhamdulillah, tahun ini melalui perniagaan yang aku ceburi, aku belajar berpijak di alam lebih reality.
Ketika rakan-rakan aku sibuk menguruskan artis-artis di Genting, aku berada di tengah padang balapan bersama anakku. Aku spend time duduk bersama kawan-kawan sekolah Kiki di dalam khemah para peserta sukan. You guys who have never done that would never know how wonderful that feeling is. Dalam kehidupan Kiki sebagai pelajar, aku MAKE SURE 2 acara paling bermakna dalam hidup dia – Concert Day & Sports Day, kami sekeluarga akan ada di situ to support her.
Aku masih ingat lagi masa aku di sekolah rendah. Aku dapat nombor 1 dalam kelas, aku perform on stage tapi yang datang cuma Mak. Daddy takde sebab dia ada kerja. Aku betul-betul kecewa. Masa atas pentas aku hanya nampak Mak sorang. Dalam hati aku sampai hati Daddy tak datang tengok anak dia dapat hadiah. Dah lah masa tu aku tengah demam. Lepas je concert tu kami sekeluarga ke Genting Highlands to celebrate. You know what, aku merajuk sangat-sangat walaupun aku dapat hadiah jam tangan dan percutian ke Genting. Aku bukan nak semua tu, aku nak Daddy tengok aku di pentas.
Now, perkara yang sama aku lihat di wajah kawan-kawan Kiki yang parents dia samada datang sorang atau tak datang langsung. So, aku yang jadi tukang bagi semangat kat diorang. Ada sorang budak ni, tahun lepas dia Olahragawan Sekolah. Parents dia tak datang. Aku yang bertepuk macam dia tu anak aku. Tapi aku nampak dalam mata dia. Dia sangat wish yang bangga tu adalah parents dia sendiri.
These are the little things in life we take for granted. Tapi, bila anak nakal di sekolah, gagal dalam peperiksaan, ponteng sekolah, keluar rumah tanpa pengetahuan kita, kita lah orang pertama yang nak mengamuk. When was the last time kita dapat duduk berdua je dengan diorang untuk tanya masalah diorang pulak? Kesunyian hidup diorang?
Sebagai seorang insan, aku berharap dapat mengubah situasi begini. Kita tidak dapat mengubah dunia, tapi kita boleh ubah diri kita sendiri.
Kehidupan hari ni sangat jauh berbeza dari zaman Daddy. Budak-budak sekarang sangat hyper sampai aku yang tua ni pun takut tengok keberanian diorang. Tekanan hidup menjadikan manusia semakin kurang waktu untuk memperhatikan persekitaran SEHINGGALAH ada sesuatu berlaku baru kita nak bertempik.
Aku rasa dah sampai masa untuk bangsa aku bangun. Bangunlah wahai bangsa yang sedang lena tidur. Aku bukan racists. Bangsa yang aku maksudkan adalah bangsa Malaysia (Melayu, India, Cina, Benggali). Aku tau ini kononnya Tanah Melayu. Kalau ini Tanah Melayu, kenapa bila Cina tutup perniagaan, orang Melayu susah? Kenapa hasil dalam negeri, economic share orang Melayu paling terkebelakang?
Sudah! Jangan cerita soal ketuanan kalau tak faham ertinya. Kita cerita soal kemanusiaan lebih baik. Kemanusiaan tidak kenal perbezaan warna kulit, pangkat, darjat, kekayaan dan sebagainya.
Aku NAK sangat tengok bangsa aku bangun megah di mata dunia. Macam Tun Dr Mahathir buat di PBB. Dia rasa nak hentam SOROS, dia cakap terang-terang. Dia rasa nak hentam YAHUDI, dia cakap terang-terang. Bukan setakat cakap di kedai kopi atau di depan TV.
Tapi, orang pandai nampak bodoh bila takde duit. Orang bodoh nampak pandai bila banyak duit.
Nak dipandang tinggi, kena perkukuhkan economy dulu. Keluar dari rumah sewa, beli rumah sendiri, jual kereta buruk, beli kereta baru, buang buku-buku cinta, baca buku-buku kehidupan/motivasi. Basically, BE A NEW PERSON WITH A NEW MINDSET. Buang PHD lama (Perasaan Hasad Dengki) ganti PHD baru (PHD baru adalah People Have Dreams).
We never claimed that our business is the ONLY business in this country, yet we do claim that we have changed hopeless into Hopefuls. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri. Nak Berjaya ikut Nasihat orang Berjaya, Nak gagal dengar Cakap orang gagal. Nak berubah, jadilah perubahan yang anda inginkan. Jangan biar orang dictate hidup kita. Orang miskin jadi makanan orang kaya, orang bodoh jadi habuan orang pandai.
Orang sudah sampai ke bulan kita masih mengorek-ngorek kepah di pantai. Tak serik-serik lagi ke…. Sudah-sudah la tu…
Perkataan SEE You At The Top tidak lagi sesuai. Hari ini I AM TELLING YOU, TAKE MY HAND AND LET’S RUN TOGETHER TO THE TOP!
The choice is yours, the chances are yours to take. Only YOU can decide the CHANGES you want to happen in your life! If YOU have the WILL, I have the WAY.
Let’s talk… My email is nanee.surya@gmail.com or find me on facebook.
No comments:
Post a Comment